Monday, 23 July 2012

INSTALL DISTRIBUTION BOARD AND TERMINATION

TAJUK : INSTALL DISTRIBUTION BOARD AND TERMINATION

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan persediaan yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk menjalani pembelajaran yang akan dipelajari.selain itu juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang kemahiran.

PENERANGAN :

Kertas penerangan ini menerangkan berkenaan  jenis-jenis papan, dana komponen - komponennya serta ciri-ciri dan fungsi bagi setiap komponen pada papan agihan. 

PENGENALAN:

-     Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir.
-          Binaan papan agihan dibuat daripada pvc atau logam.
-          Perkara yang perlu diambilkira semasa membeli sebuah papan agihan ialah :-
i.              Bilangan hala
ii.             Jenis binaan (logam atau pvc)
iii.            Jenis MCB, ELCB dan suis fius
iv.           Jenis bekalan (1fasa dan 3 fasa)

A. Jenis – jenis papan agihan

  1. Papan agihan terlitup logam kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus
      litar kecil (MCB).

   

2.Papan agihan terlitup pvc kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus
      litar kecil (MCB).

B. Komponen – komponen pada papan agihan (distribution board)

  1. Suis utama (Suis fius)
  2. Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)
  3. Pemutus litar kecil (MCB)
  4. Busbar

  Suis utama (suis fius)
 
 i. 63A SPN (Single pole and neutral)


  Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)

    i.  ELCB (Earth leakage circuit breaker)
   ii. RCCB (Residual Current Circuit breaker)
               

 

Pemutus litar kecil (MCB)

   i. MCB SP (single pole)
 
ii. MCB SPN (Single pole and neutral)
 
Busbar


C.  Ciri – ciri dan fungsi setiap komponen pada papan agihan.

  Suis utama (suis fius)

-          Satu unit yang mengandungi pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar.
-          Ia hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai  perbezaan yang berikut :-
   i.   Fius yang digunakan ialah ialah dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nut
        (fius katrij) berbanding fius suis menggunakan fius jenis HRC.
   ii.  Fius berkadaran 63A kebawah.
   iii. Ia tidak terpisah dari palang bus apabila di OFFkan.
-          Ia digunakan untuk pemasangan 1 fasa (SP dan SPN ) dan 3 fasa ( TP dan TPN ).
-     Simbol suis fius:-






      -     Jenis fius yang digunakan :- Fius katrij


Fius katrij (63A)



Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)
 
-          ELCB digunakan sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar.
-          Ia berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk (hidup) sama dengan arus yang keluar (neutral).
-          Mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
-          Dapat dikendalikan secara automatik atau manual.
-          Ia perlu dipasang apabila rintangan bumi sesuatu kawasan itu tinggi.
-          Setiap ELCB biasanya mempunyai catitan kadaran – kadaran  seperti
i.              Voltan kadaran
ii.             Arus kepekaan
iii.            Arus kepekaan
-          ELCB tidak boleh digunakan dalam sistem pemasangan TNC kerana tiada laluan berasingan
bagi neutral dan arus bocor kebumi (tiada perbezaan antara arus fasa dan neutral).
-          Simbol pemutus litar bocor kebumi :-

 

Pemutus litar kecil (MCB)

-          Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
-          Ia dapat dikendalikan secara automatik atau manual.
-          Ia mestilah dibuat dan direka menurut BS 3871.
-          Jenis – jenis kendalian pemutus litar
a.     Magnetik
b.    Thermal
c.     Hidraulik
-          Kebaikan
i.              Litar yang rosak mudah diketahui.
ii.             Bekalan boleh disambung semula dengan cepat.
iii.            Tidak mudah rosak dan tahan lama.
iv.            Arus kendalian dan masa ekoran dapat ditetapkan.

-          Keburukan
i.              Harga mahal.

Busbar
-          Diperbuat daripada kuprum.

INSTALL DISTRIBUTION BOARD

TAJUK :INSTALL DISTRIBUTION BOARD


TUJUAN PEMBELAJARAN :

                    Pelajar - pelajar mesti boleh :

1.     Pilih dan guna alat serta peralatan dengan betul.
2.     Pasang papan agihan pada dinding pendawaian.
3.     Pasang dan dawai komponen dalam papan agihan.
                
ARAHAN UMUM :

                    Pastikan :-

1.     Alat dan peralatan yang digunakan selamat dan tidak rosak.
2.     Keselamatan semasa melakukan kerja perlu diutamakan.
3.     Lakukan kerja mengikut kaedah dan arahan yang diberikan oleh pengajar.
          

 

ALAT, KELENGKAPAN & BAHAN:

1.    Papan agihan (distribution board) jenis pvc      - 1 unit
2.    Suis utama 63A SP (satu kutub)                                  - 1 unit
3.    Pemutus litar bocor ke bumi – ( i )  30mA                    - 1 unit
                                                           ( ii )100mA                   - 1 unit
4.    Pemutus litar kecil (MCB) – ( i ) 6A                  - 2 unit
                                                   ( ii ) 20A                - 2 unit
                                                   ( iii ) 32A               - 2 unit
5.    Kabel 6.0 mm pvc²                                           - secukupnya
6.    Busbar (kuprum)                                                           - secukupnya
7.    Pita pengukur                                                    - 1 unit
8.    Screw driver                                                     - secukupnya
9.    Cutter                                                                - secukupnya
10.  Plier                                                                   - secukupnya
11.  Drill machine                                                     - 1 unit
12.  Multimeter                                                         - 1 unit

 

KESELAMATAN:

Peralatan hendaklah disusun dengan teratur.
Pakaian sentiasa dalam keadaan kemas.
Kebersihan persekitaran perlu dijaga.

LANGKAH KERJA

BUTIRAN KERJA


1. Sedia alat, kelengkapan dan bahan.




2. Pasang papan agihan pada dinding
    pendawaian.










3. Pasang dan dawai komponen dalam papan
    agihan.





























a. Sedia peralatan yang telah disenaraikan oleh
    pengajar.
b. Pastikan semua alat dalam keadaan baik dan   
    selamat digunakan.


a. Ukur ketinggian menggunakan pita pengukur
    (measuring tape).
- Pastikan ketinggian mengikut ukuran yang telah
   tetapkan.
b. Tanda kedudukan skru menggunakan pensel  
    penanda.
- Tebuk tempat yang ditanda dengan
   menggunakan mesin penebuk (drill machine).
c. Masukkan skru dan ketatkan.

Pastikan skru diikat dengan ketat dan kemas.


a. Pasang komponen pada tapak yang disediakan
    dalam papan agihan.
 - Pastikan kedudukan setiap komponen adalah
   betul bagi tujuan pemeriksaan.
b. Dawai komponen yang telah siap dipasang
    dengan menggunakan kabel dan busbar.
 - Pendawaian yang dilakukan mestilah betul dan 
  kemas.
c. Uji kekutuban setiap pengalir dengan
    menggunakan multimeter.
 - Laras pada unit ohm (Ω)

Pastikan kabel dan busbar diikat dengan ketat.

 

RUJUKAN:

  1. Teknologi Elektrik Tingkatan 5 –Abd. Samad bin Haji Hanif , Mohd. Nazi bin Haji Mustafa